NADI Care Studio Sihat-Berapa Lama Screen Time Selamat Untuk Anak?
26 Mei 2026 | Aktiviti TerkiniPada 25 Mei 2026, bermula pukul 10.30 pagi, 1 orang ahli NADI Pekan Machan telah mengikuti kelas NADI Care Studio Sihat iaitu “Berapa lama screen time selamat untuk anak?”
Di era digital ini, gajet menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian, bukan sahaja untuk orang dewasa, malah kanak-kanak kecil turut terdedah kepada skrin sejak usia yang sangat muda. Kajian menunjukkan, kanak-kanak yang terlalu lama dengan skrin berisiko menghadapi masalah seperti gangguan tumpuan dan emosi, kelewatan dalam perkembangan bahasa, gangguan tidur dan kurangnya interaksi sosial. Ini bukan sekadar isu rutin harian, tetapi satu keputusan yang mempengaruhi perkembangan kognitif, emosi dan spiritual anak-anak. Maka, ibu ayah perlu membuat pertimbangan yang bijaksana dan berlandaskan ilmu.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: